
Pemerintah dan rakyat adalah manusia yang tidak boleh dipisahkan saling memerlukan di antara satu sama lain . Pincang pemerintah tanpa rakyat , pincang rakyat tanpa pemerintah.Ibarat irama dan lagu.
Pemerintah atau pemegang kekuasaan yang tertinggi berada ditangan rakyat (Umat). Merekalah yang memilih Penguasa.memberi kuasa, menasihati ,membantu dan memecatnya Kita rakyat gunakan hak dan laksana amanah jangan kita tersilap memilih pemerintah .Di akhirat kita akan diperhitungkan dan didakwa di hadapan Allah.Jangan sekali-kali mentaati jika si penguasa menyimpang dari landasannya atau derhaka .
Khulafah Al Rasyidin bukanlah penganti Allah .Mereka adalah penganti Rasul Allah dalam menjalankan hukum Allah di tengah-tengah masyarakat dan mengendalikan pemerintahan sesuai dengan perintah Allah dan Rasulnya.
Sistem pemerintahan dalam Negara Islam bukanlah merupakan suatu pemerintahan “theokarasi “, sebagaimana yang dikenali dalam tulisan para sarjana Eropah pada abad pertengahan, yang digunakan doktrin ini untuk membela kekuasaan raja-raja yang mutlak.Islam tidak mengenal pemisahan antara “agama” dan dunia”tidak mengenal kekuasaan “pendita”,kecuali para rasul dalam menyampaikan ajaran-ajaran dari Allah.
Jadi,penguasa atau khalifah,bukanlah orang yang tidak boleh salah dalam perbuatanya.Mereka sebagai manusia biasa yang hidup di tengah-tengah masyarakat,tidak memiliki kesucian melebihi yang lainya. Gelaran sebagai penguasa adalah kerana dipilih dan dibai’ah oleh rakyatnya. Kerana itu ia harus berpegang kepada amanah yang telah diamanahkan kepadanya. Sebaliknya warga masyarakat mematuhinya, selama ia mengikuti kebenaran dan kebaikan.Jika khalifah menyalahi dan menyuruh berbuat maksiat,maka ia tidak berhak ditaati dan dipatuhi.
Ketika Abu Bakar r.a menjadi khalifah,beliau menyampaikan khutbahnya :-
“Aku menjadi Khalifah kalian,bukanlah kerana aku menjadi orang yang terbaik di antara kalian. Bila kalian melihat aku berjalan dengan benar, bantulah aku .Tetapi jika kalian melihat aku dalam kebatilan,luruskanlah aku. Orang-orang kuat di mata kalian ,lemah di mataku, sehingga aku nanti akan menyelesaikan hak orang lain padanya. Dan orang lemah di mata kalian adalah kuat di mataku, sehingga aku akan membela haknya. Taatilah aku, selama aku taat kepada Allah di tengah kalian. Bila aku derhaka kepadanya ,janganlah kalian buat kepadaku sama sekali.”
Umar bin Abdul Aziz, ketika menjadi khalifah dan dibai’at oleh rakyatnya, beliau berkhutbah;
“Aku sama dengan kamu sekalian, tetapi Allah menjadikan aku orang yang paling berat bebanya di tengah-tengah kalian”
Begitulah gambaran seorang khalifah, bukanlah orang yang lebih dari sesamanya sekalipun bebannya paling berat di bandingkan dengan yang lain . Dia sebagai wakil umat. Bahkan jadi pelayan dan buruhnya.
Begitulah tugas penguasa bekerja bagi kepentingan umat Islam. Dengan kata lain, ia adalah pelayan dan karyawan umat . Itulah tugasnya . Dan itu pula darjat dan pangkatnya.
Umat wajib membantunya, selama ia jujur, dan wajib pula menasihatinya, kalau ia menyimpang.
Sebagai hikmat pengertian khalifah seperti ini dapat menyedarkan setiap Muslim akan tanggungjawab bagaimana harus bersikap dalam mengendalikan hak dan kewajipan, keadilan, amar makruf dan nahi mungkar. Sekalipun di tegur oleh rakyatnya. Namun ia tidak berkeberatan dan mengikutinya.
Jika kamu menjadi pemerintah,jangan sekadar menyimpan kekayaan mengunung tinggi , megumpul harta kekayaan sehingga tujuh keturunan tak habis untuk dimakan tetapi jadikan Rasullulah sebagai idola dan model serta ikutan terbaik.
Jika kamu sebagai rakyat jangan jadikan seperti lembu dicocok hidung.Jangan butakan hati hingga tidak boleh membezakan diantara intan dan permata.Kita perlu bijak memilih dan memberi kerjasama serta menyokong perjuangan mereka berdasarkan panduan dan pertunjuk yang telah dikurniakan Allah kepada kita melalui Al Quran dan Al Sunnah.
Pemerintah perlu memiliki ciri-ciri berikut:-
1 . Islam . Pemimpin itu mestilah seorang muslim yang benar-benar menghayati agamanya. Ini kerana islam tidak membenarkan adanya golongan kafir yang memerintah umat islam.
2 . Adil . Sifat ini perlu dimiliki oleh pemimpin umat islam, ekoran begitu pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegangnya itu. Ia adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum Allah atau tidak dimuka bumiNya ini. Sebagimana syarat penerimaaan syahadah dalam hukum jenayah memerlukan sifat adil ini, maka apatah lagi tugas besar memimpin umat islam.
3 . Ilmu. Golongan ulama dan umara perlu digabungkan untuk membentuk satu kesatuan bersepadu merencanakan arah geraknya masyarakat Islam didalam kehidupan seharian. Apatah lagi kalau sifat ini dimiliki pula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi.
4 . Melaksanakan hukum Allah.
5 . Bersikap sama rata dan tidak berlaku zalim.
Sepotong kata-kata jawapan yang telah dinyatakan oleh Al-imam Hasan al Basri kepada Amirul Mukminin –Umar bin Abd Aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemerintah umat islam dengan katanya,
" Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi. Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya, dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya –menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka,tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad'afin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang–orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka."
Beginilah syakhsiah yang kita cari, dan inilah kriteria kepimpinan yang diimpikan oleh Islam dalam masalah ini.Cuma apa yang diharapkan ialah mereka ini mampu untuk melaksanakan perintah dan hukum Allah diatas bumi ini.

0 ulasan:
Catat Ulasan