Jahidatul Islam

Dakwah Islamiyyah & Kepimpinan Dalam Islam






Isnin, 9 Mei 2011

RESEPI MEMBURU KEMANISAN IMAN

RESEPI MEMBURU KEMANISAN IMAN

Para ulama tasawuf menyatakan sesorang yang ingin merasai kemanisan iman hendaklah berusaha mengingat 2 pekara serta melupakan 2 pekara.

Ingatlah DUA Perkara.

  1. Kebaikan Orang Kepada Kita.

Kebaikan orang kepada kita hendaklah selalu diingat.Orang yang pernah menolong kita dengan nasihat, wang ringgit, tenaga dan sebagainyaperlu diingat. Jika boleh, dibalas dengan budi yang setimpal atau lebih. Ini akan menyebabkan kita mudah menjadi orang yang pemaaf kerana merasakan kebaikan orang lain melebihi kesalahanya.

Lebih-lebih lagi bagi nikmat Allah kepada kita perlu disyukuri, perlu selalun diingat dan disebut-sebut sebagai tanda kesyukuran dengan lidah dan hati.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud “dan terhadap nikmat tuhanmu , maka hendaklah kamu menyebut-menyebutnya (sebagai tanda bersyukur)’’

Surah Ad-Duha 93:11

  1. Kesalahan Kita Kepada Orang.

Hendaklah sentiasa ingat kesalahan kita kepada orang lain agar terdorong kita meminta maaf. Inilah yang akan membuahkan kasih sayang sesama manusia kerana Allah.Berazamlah untuk tidak mengulangi kesalahan saperti itu lagi.

Lebih perlu kita mengingati dosa-dosa dan kederhakaan kita kepada Allah . Ini akan menimbulkan rasa insaf, takut, menyesal, yang akhirnya mendorong kita bertaubat kepada Allah. Ingatlah dosa yang menyebabkan kita menangis lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.

Lupakan DUA Perkara

1.Kebaikan Kita Kepada Orang

Jangan sekali-kali mengungkit-ungkit jasa dan kebaikan kita kepada orang lain .Hakikatnya kita hanya menjadi wasilah kepada nikmat Allah yang hendak diberikanya kepada manusia lain. Sikap mengenang dan menungkit kebaikan kepada diri ini akan mrmbatalkan amal.Jadi apabila kita membuat kebaikankepada orang lain , cuba rasakan seolah-olah kitatidak pernah berbuat baik kepadanya.

Lebih-lebih lagi pekara yang perlu kita lupakan adalah segala amal ibadat yang kita lakukan kepada Allah.Perbuatan mengingat ibadah yang dikerjakan hanya akan mencalarkan keikhlasan. Sedangkan segala-segalanya dilakukan atas hidayah Allah jua. Oleh sebab itu, setelah beramal rasakan seolah-seolah kita tidak beramal. Dengan itu kita akan selamatdaripada rasa ujub, sum’ah, riyak, atau bangga diri.

  1. Kejahatan Orang Terhadap Kita.

Anggaplah seolah-olah tiada siapa yang bersalah dengan kita .Iniakan membantu kita mengawalrasa marah dan dendam .Kita hanya hamba Allah, bukan tuan lebih –lebih lagi Tuhan dalam kehidupan ini. Jadi, apabila hamba Allah yang lain melakukan kesalahan kepada kita anggaplah kita layak untuk disakiti kerana kita hanya hamba Allah.

Lebih-lebih lagi yang perlu perlu kita lupakan adalah segala kesusahan, ujian, musibah atau malapetaka yang Allah timpakan. Sedarlah bahawa, kesakitan, kematian, kerugian, kemalangan, kegagalan dan malapetaka alam seperti gempa bumi, banjir, kemarau, rebut taufan, tsunami, wabak penyakit, kemelesetan ekonomi dan sebagainya itu hanya mehnah daripada Allah untuk ‘memujuk’ manusia kembali kepadanya.

Sayangnya, dalam kehidupan ini kita selalu bertindak songsang. Apa yang perlu kita ingat, kita lupakan. Apa yang perlu kita lupakan , kita ingat. Akibatnya, kemanisan iman semakin tawar dan hambar dalam kehidupan kita . Sampai ketahap ada orang yanh menafikan terus adanya kemanisan ini ada dalam kehidupan. Manusia yang renggan dengan Allah akan renggang juga dengan sesama manusia .Dan akhirnya, tidak ada kemanisan dalam hidup di dunia ini akibat daripada tiada kemanisan iman dalam hati manusia.

JAHIDATUL ISLAM : Mei 2011

SIAPA PEMERINTAH ? SIAPA RAKYAT?


Pemerintah dan rakyat adalah manusia yang tidak boleh dipisahkan saling memerlukan di antara satu sama lain . Pincang pemerintah tanpa rakyat , pincang rakyat tanpa pemerintah.Ibarat irama dan lagu.

Pemerintah atau pemegang kekuasaan yang tertinggi berada ditangan rakyat (Umat). Merekalah yang memilih Penguasa.memberi kuasa, menasihati ,membantu dan memecatnya Kita rakyat gunakan hak dan laksana amanah jangan kita tersilap memilih pemerintah .Di akhirat kita akan diperhitungkan dan didakwa di hadapan Allah.Jangan sekali-kali mentaati jika si penguasa menyimpang dari landasannya atau derhaka .

Khulafah Al Rasyidin bukanlah penganti Allah .Mereka adalah penganti Rasul Allah dalam menjalankan hukum Allah di tengah-tengah masyarakat dan mengendalikan pemerintahan sesuai dengan perintah Allah dan Rasulnya.

Sistem pemerintahan dalam Negara Islam bukanlah merupakan suatu pemerintahan “theokarasi “, sebagaimana yang dikenali dalam tulisan para sarjana Eropah pada abad pertengahan, yang digunakan doktrin ini untuk membela kekuasaan raja-raja yang mutlak.Islam tidak mengenal pemisahan antara “agama” dan dunia”tidak mengenal kekuasaan “pendita”,kecuali para rasul dalam menyampaikan ajaran-ajaran dari Allah.

Jadi,penguasa atau khalifah,bukanlah orang yang tidak boleh salah dalam perbuatanya.Mereka sebagai manusia biasa yang hidup di tengah-tengah masyarakat,tidak memiliki kesucian melebihi yang lainya. Gelaran sebagai penguasa adalah kerana dipilih dan dibai’ah oleh rakyatnya. Kerana itu ia harus berpegang kepada amanah yang telah diamanahkan kepadanya. Sebaliknya warga masyarakat mematuhinya, selama ia mengikuti kebenaran dan kebaikan.Jika khalifah menyalahi dan menyuruh berbuat maksiat,maka ia tidak berhak ditaati dan dipatuhi.

Ketika Abu Bakar r.a menjadi khalifah,beliau menyampaikan khutbahnya :-

“Aku menjadi Khalifah kalian,bukanlah kerana aku menjadi orang yang terbaik di antara kalian. Bila kalian melihat aku berjalan dengan benar, bantulah aku .Tetapi jika kalian melihat aku dalam kebatilan,luruskanlah aku. Orang-orang kuat di mata kalian ,lemah di mataku, sehingga aku nanti akan menyelesaikan hak orang lain padanya. Dan orang lemah di mata kalian adalah kuat di mataku, sehingga aku akan membela haknya. Taatilah aku, selama aku taat kepada Allah di tengah kalian. Bila aku derhaka kepadanya ,janganlah kalian buat kepadaku sama sekali.”

Umar bin Abdul Aziz, ketika menjadi khalifah dan dibai’at oleh rakyatnya, beliau berkhutbah;

“Aku sama dengan kamu sekalian, tetapi Allah menjadikan aku orang yang paling berat bebanya di tengah-tengah kalian”

Begitulah gambaran seorang khalifah, bukanlah orang yang lebih dari sesamanya sekalipun bebannya paling berat di bandingkan dengan yang lain . Dia sebagai wakil umat. Bahkan jadi pelayan dan buruhnya.

Begitulah tugas penguasa bekerja bagi kepentingan umat Islam. Dengan kata lain, ia adalah pelayan dan karyawan umat . Itulah tugasnya . Dan itu pula darjat dan pangkatnya.

Umat wajib membantunya, selama ia jujur, dan wajib pula menasihatinya, kalau ia menyimpang.

Sebagai hikmat pengertian khalifah seperti ini dapat menyedarkan setiap Muslim akan tanggungjawab bagaimana harus bersikap dalam mengendalikan hak dan kewajipan, keadilan, amar makruf dan nahi mungkar. Sekalipun di tegur oleh rakyatnya. Namun ia tidak berkeberatan dan mengikutinya.

Jika kamu menjadi pemerintah,jangan sekadar menyimpan kekayaan mengunung tinggi , megumpul harta kekayaan sehingga tujuh keturunan tak habis untuk dimakan tetapi jadikan Rasullulah sebagai idola dan model serta ikutan terbaik.

Jika kamu sebagai rakyat jangan jadikan seperti lembu dicocok hidung.Jangan butakan hati hingga tidak boleh membezakan diantara intan dan permata.Kita perlu bijak memilih dan memberi kerjasama serta menyokong perjuangan mereka berdasarkan panduan dan pertunjuk yang telah dikurniakan Allah kepada kita melalui Al Quran dan Al Sunnah.

Pemerintah perlu memiliki ciri-ciri berikut:-

1 . Islam . Pemimpin itu mestilah seorang muslim yang benar-benar menghayati agamanya. Ini kerana islam tidak membenarkan adanya golongan kafir yang memerintah umat islam.

2 . Adil . Sifat ini perlu dimiliki oleh pemimpin umat islam, ekoran begitu pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegangnya itu. Ia adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum Allah atau tidak dimuka bumiNya ini. Sebagimana syarat penerimaaan syahadah dalam hukum jenayah memerlukan sifat adil ini, maka apatah lagi tugas besar memimpin umat islam.

3 . Ilmu. Golongan ulama dan umara perlu digabungkan untuk membentuk satu kesatuan bersepadu merencanakan arah geraknya masyarakat Islam didalam kehidupan seharian. Apatah lagi kalau sifat ini dimiliki pula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi.

4 . Melaksanakan hukum Allah.

5 . Bersikap sama rata dan tidak berlaku zalim.

Sepotong kata-kata jawapan yang telah dinyatakan oleh Al-imam Hasan al Basri kepada Amirul Mukminin –Umar bin Abd Aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemerintah umat islam dengan katanya,

" Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi. Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya, dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya –menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka,tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad'afin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang–orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka."

Beginilah syakhsiah yang kita cari, dan inilah kriteria kepimpinan yang diimpikan oleh Islam dalam masalah ini.Cuma apa yang diharapkan ialah mereka ini mampu untuk melaksanakan perintah dan hukum Allah diatas bumi ini.

ALANGKAH INDAHNYA HIDAYAH ALLAH




Firman Allah ‘Azza wa Jalla (artinya):

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاء

“Sesungguhnya kamu (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (Al-Qashash: 56)

Manusia memang cenderung menjaga sesuatu yang dianggap berharga. Sebaliknya kita akan membuang sesuatu yang dianggap tidak berharga. Semakin bernilai sesuatu semakin bersungguh kita menjaganya.

Sesetengah manusia sangat menjaga hartanya kerana dianggap hartanya sangat berharga. Ada pula sentiasa menjaga dan merawat mukanya supaya kelihatan awet muda kerana cantik adalah segalanya.
Ada juga bermati-matian mempertahankan kedudukan kerana itu dianggap bernilai dan kalaulah begini perilaku kita, rupanya kita masih menganggap material (kebendaan) adalah segala-galanya.

Namun, ada juga yang bermati-matian menjaga hidayah dan petunjuk yang Allah anugerahkan. Orang yang seperti ini berkeyakinan hidup ini tidak akan selamat sampai muara ketenangan di akhirat kecuali hanya dengan bekalan taufik dan hidayah Allah.

Taufik dan hidayah sangat penting di dalam diri manusia. Pernah suatu ketika seorang yang dibutakan matanya dalam permainan diminta supaya berjalan, tiba-tiba menangis.

Dia berasa langkahnya berisiko, mungkin terpelecot, bimbang terhantuk atau jatuh tangga. Begitulah akibatnya sekiranya tidak mendapat panduan.

Orang yang yang berjalan tanpa arah sentiasa berada dalam cemas, takut, bingung. Tidak sedikit orang kaya yang menderita dengan kekayaan. Bagaimana kekayaan yang melimpah semakin membuatnya sengsara.

Pendek kata orang yang jauh daripada petunjuk Allah dan al-Quran, apa pun diberikan Allah kepadanya pasti hanya akan membuatkan dirinya hina.

Harta, pangkat, kedudukan atau penampilan kalau tidak diiringi dengan ketaatan pasti akan menyiksakan.

Kemerdekaan yang kita kecapi sekarang jika tidak diiringi dengan ketaatan kepada Allah membuatkan kita mudah lalai. Negara saja merdeka tetapi jiwa tidak, malah ditawan syaitan.

Sedarlah, syaitan adalah penjajah yang tidak pernah berputus asa. Dalam satu perisytiharan, menurut hadis Rasulullah s.a.w, syaitan pernah berkata:

"Demi kebesaran-Mu, aku bersumpah wahai Allah, aku tidak akan berpisah dengan anak Adam selagi nyawanya masih di badan.”

Bayangkan kesungguhan syaitan, isytihar perang dengan manusia. Kalau kita masih main-main, mudah tertipu.

Syaitan ibarat tukang joget atau penari. Dia akan menari ikut muzik. Kalau d
ondang sayang ada lenggoknya, kalau lagu rock pandailah dia meloncat...maknanya syaitan tahu sasarannya kalau orang alim begini caranya, kalau sesatkan pemuda lain caranya, orang kaya lain pula kaedahnya.

Kita memberikan tumpuan kepada yang nampak di mata, yang besar-besar biasanya menjadi tumpuan, yang kecil tidak berapa dipedulikan. Kita kadang kala lupa sesuatu yang tidak nampak itu sangat berharga.

Iman kecil sahaja, tidak nampak tapi sangat berharga. Jadi dalam hidup ini lihat dan utamakan pandangan Allah.

Akal dianugerahkan kepada manusia yg hidup di muka bumi ini, telah dikasih oleh Allah petunjuk petunjuk yg dinamakan jalan lurus atau agama, dengan perantara Nabi Nabi dan Rasul Rasul, dengan Kitab Kitab Suci-Nya. Kitab Suci Zabur yg hilang, di ganti oleh Allah dengan Taurat, sedang Kitab Taurat yg hilang di ganti oleh Allah dengan Injil, sedang Injil yg mengalami nasib yg sama dengan Zabur dan Taurat, sudah diganti oleh Allah dengan Kitab al-Quran.
Akal manusia harus didampingi terus dengan al-Qur'an ini, kalau tidak akan sesat dan jahatlah manusia ini.
Iblis atau setan yg menjadi musuh manusia, yg sebenarnya mahluk berakal juga. Sehingga jika dia dihadapi manusia dengan akal saja, sering manusia kalah dan iblislah yg menang. Karena iblis melihat kita, sedang kita tidak melihat iblis. Apa bila setan atau iblis dalam perlawanannya terhadap manusia selalu mempergunakan seluruh kekuatan yg ada padanya, tanpa mengingat moral atau akhlak.
Kelebihan akal manusia dari akal iblis atau setan, ialah karena akal kita menerima petunjuk dari Allah s.w.t. (Agama) sedang akal iblis atau setan tidak dapat menerima Petunjuk Allah, yg bernama Agama.
Tetapi tidak dapat dibantah dan sungguh menyedihkan, tidak semua manusia menerima Petunjuk atau Hidayat dengan akalnya., karena pengaruh dan perdayaan dari iblis dan setan, kebanyakan manusia berpaling atau tidak menghiraukan akan Petunjuk s.w.t.
Karena ajakan perdayaan atau pengaruh setan dan iblis, ramai manusia tidak pandai mensyukuri nikmat Allah, mereka menjadi fasiq, membenci akan kebenaran, tidak beriman, tidak benar jalan fikiran atau salah pendapat, bodoh dan sebagainya. Awas!!!!!!!!!!!!!!!! jangan kita ditipu,setelah kita menerima hidayah Allah.

“ALANGKAH INDAHNYA HIDAYAH ALLAH” . Tidak sama nilai walaupun segunung emas yang kita dapat .

Jahidtulislam :Jun 2011